Jumaat, 13 November 2009

ASAL USUL NAMA KAMPUNG

Nama Sungai Lang diambil dari sempena sebatang sungai yang mengalir melintasi tengah kampung yang telah hilang secara beransur-ansur disebabkan perubahan ekologi.
Sebagaimana yang diceritakan oleh orang-orang tua yang masih hidup ketika akhir ini hilangnya sungai itu dipercayai kerana adanya sebatang parit besar yang telah digali oleh pihak pemerintah ketika itu menyebabkan pemindahan aliran air maka kesan daripada itu beransur-ansur sungai tersebut cetek dan akhirnya sungai tengah kampung hilang.

Walau apapun asal usul Kampung Sungai Lang ini ianya akan terus menjadi satu legenda bagi generasi baru mengimbasnya kembali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan