Jumaat, 20 November 2009

PETA DAERAH KUALA LANGAT



Kampung Sungai Lang Tengah

PETA BANTING

Kampung Sungai Lang Tengah


Jumaat, 13 November 2009

KUMPULAN PENGEMBANGAN WANITA (KPW)

SEJARAH PENUBUHAN KPW SUNGAI LANG TENGAH

Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Sungai Lang Tengah telah ditubuhkan pada bulan April tahun 1995 bersempena dengan sambutan Maulidurrasul. Pada awalnya diasaskan oleh biro wanita JKKK Kampung Sungai Lang Tengah dipengerusikan Puan Hajah Ruminah Binti Abdul Jalal. Peningkatan ahli seramai 120 orang baru dan 30 orang ahli lama terdiri daripada usahawan wanita, suri rumah, pegawai kerajaan dan swasta. Pertubuhan ini telah dirasmikan oleh Ketua Kampung, Tuan Abdul Jalal Bin Mat Kasan bertempat di Balai Raya Kampung Sungai Lang Tengah. Pegawai penyelaras pertubuhan ini adalah Puan Misnah Binti Mat Isa dari Jabatan Pertanian Daerah Kuala Langat.

OBJEKTIF

1. Menambahkan usahawan wanita yang berdaya saing dan produktif.
2. Melengkapkan wanita dengan kecekapan kepimpinan dalam masyarakat tani moden dan berkebolehan dalam mengunakan peralatan teknologi terkini.
3. Mendapatkan peluang-peluang baru yang boleh diusahakan secara individu atau
berkumpulan untuk menambahkan hasil pendapatan sampingan.
4. Berusaha menambah tabung KPW untuk kebajikan ahli.

MATLAMAT JANGKA PENDEK

1. Meningkatkan pendapatan bulanan ahli yang terlibat dalam projek-projek ekonomi
sebanyak RM 100 minima.

2. Menggalakan ahli-ahli KPW menyertai kursus dan seminar anjuran kerajaan dan
lain-lain pertubuhan.

3. Mengadakan lawatan sambil belajar.

MATLAMAT JANGKA PANJANG

1. Menambah bilangan ahli sehingga 88% dari jumlah suri rumah dan beliawanis Sungai
Lang Tengah untuk menyertai KPW.

2. Menambahkan pengusaha produk makanan ringan yang berkualiti tinggi dan dapat
menembusi pasaran dalam dan luar negara.

3. Menambahkan dan mempelbagaikan hasil pengeluaran pusat kraf desa supaya dapat
dipasarkan di dalam dan luar negara.

4. Menambahkan aktiviti-aktiviti pelancongan homestay bagi menarik
pelancong.

WAWASAN PERANCANGAN MASA DEPAN

1. KPW Sungai Lang Tengah adalah satu-satunya kumpulan yang mempunyai bangunan Pusat Kraf Desa yang menghasilkan pelbagai produk daripada bahan-bahan terbuang seperti gubahan bunga dari batang dan daun pisang, kulit jagung dan sebagainya. Barangan seperti ini sentiasa menerima tempahan dan menarik minat pelawat-pelawat dari dalam dan luar negara. Ini juga dapat meningkatkan pengeluaran dan pemasaran
antarabangsa.

2. Mengimarahkan bangunan seperti surau-surau yang sedia ada untuk ahli KPW menjalankan aktiviti berkumpulan seperti kelas jahitan dan memasak secara bergotong-royong apabila ada jamuan.

3. Mempergiatkan program agro pelancongan dan homestay.

4. Menambahkan lagi promosi hasil-hasil pusat kraf desa dan jahitan.


STRATEGI KUMPULAN

1. Memastikan setiap ahli aktif dalam pelbagai bidang usaha secara individu atau berkumpulan supaya terus mantap dan maju.

2. Mempertingkatkan pelbagai latihan kepada ahli.

3. Berusaha memperbanyakan aktiviti jualan.

4. Meningkatkan kualiti pengeluaran yang terjamin.

5. Mengamalkan kerja secara berkumpulan bagi menjamin perpaduan.

KEJAYAAN KAMPUNG INI

Tahun 2001
TEMPAT KETIGA Pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Daerah Kuala Langat, Selangor
Anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Tahun 2003
JOHAN Pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Daerah Kuala Langat, Selangor,
Anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Tahun 2003
NAIB JOHAN Negeri Selangor, Pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Daerah Kuala Langat, Selangor, Anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Tahun 2003
JOHAN ZON TENGAH, Pertandingan Ilham Desa, Anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Tahun 2004
JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN, Pertandingan Ilham Desa, Anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Tahun 2007
TEMPAT KETIGA Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Kuala Langat, Selangor,
Anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Tahun 2009
JOHAN NEGERI SELANGOR Pertandingan Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Berjaya
Anjuran Kementerian Pertanian Malaysia.

Tahun 2009
NAIB JOHAN KEBANGSAAN Pertandingan Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Berjaya
Anjuran Kementerian Pertanian Malaysia.

Tahun 2009
JOHAN Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Kuala Langat, Selangor,
Anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Tahun 2009
JOHAN Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Selangor,
Anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah


SEJARAH PEMBUKAAN KAMPUNG

Kampung ini telah dibuka lebih kurang pada tahun 1910 dengan keluasan 900 ekar merupakan sebuah kampung tradisional yang telah mula didiami oleh orang-orang berketurunan Jawa yang berasal dari Tanah Jawa, Indonesia sejak awal abad ke-20 lagi.


Namun lebih awal daripada itu kampung ini telahpun didiami oleh manusia berikutan satu penemuan bahan-bahan artifak purbakala yang telah dijumpai pada tahun 1963 oleh pihak Muzium Negara seperti Loceng, Gendang Dong So'n, Bu, Manik-Manik, Kalong Emas dan lain-lainnya.Gendang Dong So'n yang dijumpai di kampung ini dipercayai serupa dengan yang ditemui di Indo China. Bahan-bahan artifak sejarah ini sekarang dipamerkan di MUZIUM NEGERI, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

ASAL USUL NAMA KAMPUNG

Nama Sungai Lang diambil dari sempena sebatang sungai yang mengalir melintasi tengah kampung yang telah hilang secara beransur-ansur disebabkan perubahan ekologi.
Sebagaimana yang diceritakan oleh orang-orang tua yang masih hidup ketika akhir ini hilangnya sungai itu dipercayai kerana adanya sebatang parit besar yang telah digali oleh pihak pemerintah ketika itu menyebabkan pemindahan aliran air maka kesan daripada itu beransur-ansur sungai tersebut cetek dan akhirnya sungai tengah kampung hilang.

Walau apapun asal usul Kampung Sungai Lang ini ianya akan terus menjadi satu legenda bagi generasi baru mengimbasnya kembali.

KETUA KAMPUNG/PENGERUSI JKKK/JKKK(P)

Kampung Sungai Lang Tengah telah dipimpin oleh Ketua-Ketua Kampung / Pengerusi JKKK seperti berikut:-

1. Tuan Haji Abd. Manan Bin Haji Dahlan
(Berkhidmat dari Tahun 1940 hingga 1943)








2. Tuan Haji Abd. Jalal Bin Mat Hassan
(Jawatan ini dilantik oleh DYM Sultan Selangor pada tahun 1943. Allahyarham telah
meninggal dunia pada tahun 2005).










3. Tuan Haji Silim Bin Haji Dasman

Memangku jawatan Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK Kampung Sungai Lang Tengah mulai
2005. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Kampung/Pengerusi JKKK Kampung Sungai
Lang Tengah pada 1997 hingga 2008. Sekarang ini beliau dilantik sebagai Pengerusi
JKKK(P) Kampung Sungai Lang Tengah.

MAKLUMAT ASAS KAMPUNG

NAMA KAMPUNG : Kampung Sungai Lang Tengah
AGENSI : KEMAS
NEGERI : Selangor
DAERAH : Kuala Langat
MUKIM : Morib dan Kelanang
KAWASAN PERLIMEN : Sepang
AHLI PARLIMEN : YB Dato’ Ir Mohamad Zin Bin Mohamad
KAWASAN ADUN : Tanjung Sepat
NAMA ADUN : YB. Dato’ Dr. Hj. Karim Bin Hj. Mansor
PENGARAH PPN : Tuan Haji Abdul Ghani B. Salleh
PKD KLANG DAN K. LANGAT : En. Hisham Kamal Bin Othman Kamal
PENGERUSI JKKK(P) : Tn. Hj. Silim Bin HJ. Dasman
ALAMAT JKKK(P) : Lot 1594, Kampung Sungai Lang Tengah
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
NOMBOR TELEFON : 03 31871690 / 013 2607097
Alamat email: kampungkukslt@gmail.com

LOGO KAMPUNG SUNGAI LANG TENGAH

" MENUJU KE ARAH KECEMERLANGAN "

PENERANGAN LOGO

  • Lapan penjuru bermaksud 8 zon dalam Pentadbiran JKKKP Kampung Sungai Lang Tengah.
  • Warna merah bermaksud simbul keberanian menghadapi cabaran
  • Lingkaran berwarna putih membawa maksud kesucian Islam sebagai agama rasmi negara.
  • Pena Emas membawa maksud ilmu pengetahuan sebagai aset utama kehidupan.
  • Daun hijau bermaksud penglibatan penduduk dalam IKS.
  • Rangkaian Gelang Merah bermaksud keakraban bersatu untuk sama membangun.
  • Bulatan kuning melambangkan kedaulatan undang undang dan keluhuran perlembagaan.
  • Selempang biru bermaksud warga negara yang sentiasa mengutamakan keamanan dan perpaduan mendukung wawasan Negara.
ZON DAN NAMA KETUA-KETUA ZON

NAMA KETUA ZON
En. Jamali Bin Yunus - KETUA ZON 1
En. Ismail Bin Johari - KETUA ZON 2
En. Buang Bin Haji Abdul Jalal - KETUA ZON 3
En. Zaini Bin Sahlan - KETUA ZON 4
En. Mohamad Islan Bin Kaimon - KETUA ZON 5
Tuan Haji Othman Bin Johari - KETUA ZON 6
En. Hasbullah Bin Cheminor - KETUA ZON 7
En. Hasnan Bin Yunus - KETUA ZON 8







OBJEKTIF KAMPUNG

  • Menjadikan Masyarakat Sihat Dan Produktif
  • Memastikan Kampung Sentiasa Bersih, Indah Dan Ceria
  • Melahirkan Masyarakat Yang Berpendidikan Dan Berilmu
  • Memupuk Semangat Kerjasama Dikalangan Penduduk
  • Membentuk Modal Insan Yang Berasaskan Al Quran Dan As-Sunah.

SOSIO EKONOMI

70% bilangan penduduk kampung ini terlibat dengan aktiviti pertanian, 10% adalah peniaga, 10% bekerja dengan pihak swasta dan 10% lagi adalah kakitangan kerajaan.

KEGUNAAN TANAH

Keluasan Keseluruhan kampung: 859.51 Hektar
Keluasana tanah diusahakan: 851.42 Hektar
Perumahan : 356.27 Hektar
Premis Awam : 8.09 Hektar
Tapak IKS / Perniagaan : Tiada
Pertanian : 359.27 Hektar
Penternakan : Tiada
Perikanan : Tiada
Keluasan tanah terbiar : Tiada
Persendirian : 851.42 Hektar
Syarikat / Koperasi : 4 Hektar
Hak milik Kerajaan / Wakaf : 8.09 Hektar

KEGIATAN EKONOMI

PERTANIAN

Jenis Kegiatan Bilangan Pengusaha
Kelapa sawit 2001
Tanaman Tebu 105
Sayur 4
Kunyit 6
Cendawan 1
Serai 1
Halia 3
Buah Naga 2

TERNAKAN

Jenis Kegiatan Bilangan Pengusaha
Kolam pancing 1
Ternakan lembu 3
Ternakan ayam 4
Cacing 1
Ikan keli 3


LAIN-LAIN INDUSTRI KECIL/PERKHIDMATAN/PEMBUATAN/PELANCONGAN

Jenis Kegiatan Bilangan Pengusaha
Makanan ringan 36
Kuih basah/kuih tradisional 168
Pengusaha kantin 5
Bengkel motorsikal 30
Bengkel kereta 3
Kedai makan/minuman 4
Kedai hardware 2
Kedai runcik 10
Premis Homestay 30

SENARAI ANGGOTA JKKK(P) KAMPUNG SUNGAI LANG TENGAH.

Pengerusi JKKK(P) Kampung Sungai Lang Tengah
Tn. Haji Silim Bin Haji Dasman
Setiausaha
En. Ali Bin Sanusi
Bendahari
En. Nordin Bin Haji Kasan

Ahli Jawatankuasa
En. Mohd. Ismail Bin Tukijo
En. Mohamad Islan Bin Kaimon
Pn. Noraishah Binti Ahmad Sariman
Tn. Haji Mohd. Amir Bin Haji Tukimin
En. Mohd. Yusof Bin Haji Ahmad Sariman
Pn. Hajah Ruminah Binti Haji Abd. Jalal
Cik Siti Azyana Binti Mohamad Islan
En. Wan Syamsul Amri Bin Shawal
En. Zainal Abidin Bin Haji Saiman
Tn. Hj. Zahri Bin Haji Sulaiman
En. Mohd. Azmi Bin Solihin
En. Jamali Bin Yunus
En. Mohien Bin Muslam
En. Zakariya Bin Maryuti

BIRO-BIRO DALAM JKKK(P) KAMPUNG SUNGAI LANG TENGAH

1. BIRO PEMBANGUNAN
Tn. Hj. Silim b. Hj. Dasman - Ketua

2. BIRO PEMBANGUNAN WANITA
Pn. Hjh. Ruminah bt. Hj. Abd. Jalal - Ketua

3. BIRO AGAMA
En. Zainal Abidin Bin Hj. Saiman - Ketua

4. BIRO PENDIDIKAN DAN MODAL INSAN
Tn. Hj. Zahri b. HJ. Sulaiman - Ketua

5. BIRO EKONOMI DESA
Tn. Hj. Mohd. Amir b. Tukimin - Ketua

6. BIRO KEBAJIKAN MASYARAKAT
En. Zakariya b. Maryuti - Ketua

7. BIRO KESIHATAN, BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
En. Mohd. Ismail b. Tukijo - Ketua

8. BIRO KESELAMATAN DAN ANTI DADAH
En. Mohd. Islan b. Kaimon - Ketua
9. BIRO BELIA, KEBUDAYAAN, SUKAN, KESENIAN DAN SOSIAL
En. Nordin b. Kasan - Pengerusi

PENDUDUK

1. MAKLUMAT PENDUDUK

Bilangan keluarga : 443 Keluarga
Jumlah Penduduk : 3051 Orang


2. PECAHAN PENDUDUK MENGIKUT JANTINA

3. BILANGAN PENDUDUK

Lelaki : 1401 Orang
Wanita : 1650 Orang

HOMESTAY



Pengerusi/Pengurus:
Tuan Haji Silim Bin Haji Dasman

Naib Pengerusi/Penolong Pengurus :
En. Ali Bin Sanusi

Setiausaha:
Tuan Haji Zahri bin Haji Sulaiman

Bendahari:
En. Nordin Bin Haji Kasan

Ali Jawatankuasa:

Puan Hajah Ruminah Bt. Haji Abdul Jalal
En. Ismail Bin Tukijo
En. Mohamad Islan Bin Kaimon
En. Wan Syamsul Amri Bin Shawal
Puan Hajah Mudrikah Bt. Hj.Tugimin

Jumlah rumah Homestay: 30 buah

"HOMESTAY ialah satu daripada cara terbaik untuk memahami kebudayaan, kesenian dan nilai hidup sesuatu tempat yang di lawati oleh pelancong. Tinggal bersama keluarga angkat untuk beberapa hari, menghayati budaya penduduk di sini, merasai juadah, merasai dan mengalami kehidupan harian di sini dapat memahami keadaan masyarakat dan negara ini."

Pelancongan Desa juga telah memberikan pendapatan tambahan kepada para pengusaha Homestay. Pakej pelancongan Desa yang ditawarkan pada harga yang berpatutan mengikut keperluan pelanggan. Terdapat 30 orang pengusaha Homestay di kampung ini dan sebahagian daripadanya telah memenangi beberapa pertandingan di peringkat Daerah, Negeri dan juga Kebangsaan. Sebuah rumah Homestay di kampung ini pernah menjadi destinasi lawatan Presiden Singapura pada tahun 2004 yang lalu. Sebagai satu lambang kejayaan Homestay di kampung ini, pihak Kementerian Keamajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW ) telah membina sebuah Bangunan Homestay bagi memudahkan urusan penyelarasan program Homestay.














KEMUDAHAN ASAS

Semua rumah dan premis awam mendapat kemudahan tenaga elektrik yang dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad. Demikianlah juga bekalas air bersih dinikmati oleh semua rumah dan premis awam.

KEMUDAHAN AWAM

Masjid 1 buah
Surau 5 buah
Balairaya 1
Dewan serbaguna 1
Sekolah Kebangsaan 1
Sekolah Rendah Agama 1
Klinik Desa 1
Padang bola (Sekolah) 1
Padang permainan kanak-kanak 2
Tapak perkuburan 1

PENDIDIKAN

BANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN

TASKA : 1 buah

TADIKA : 2 buah

Sekolah Kebangsaan : 1 buah

Sekolah Rendah Agama : 1 buah

Sekolah Menengah : Tiada

Sekolah Agama / Pondok : 1 buah

Pusat Komputer / Makmal Komputer1 : 1 buah (MID)

Pusat Tiusyen : 2 buah

Kolej / Pusat Kemahiran : Tiada

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AWAM

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR 2009)
NAMA MURID
1. Syazliyanti bt. Said (5A)
2. Ain Nur Annissa bt. Ghazali (5A)
3. Normi Aznie bt. Azmi (5A)
4. Izni Saufi b. Zainuddin (5A)
5. Muhd. Naim Putra b. Muhd. Nazmi (5A)
6. Ulfah bt. Ibrahim (4A, 1B)
7. Izzati Zawani bt. Hisham (4A, 1B)
8. Nurul Syafiqah bt. Bismillah (4A, 1B)
9. Muhd. Nor Aiezam b. Bohari (4A, 1B)
10. Muhd. Fikri b. Zaini (4A, 1 B)
11. Muhd. Hafiz b. Aziz (4A, 1B)
12. Muhd. Burhanuddin b. Abu Bakar (4A,1B)
13. Nur Farrah Asyikin bt. Zahar (4A, 1C)

JENIS-JENIS RUMAH DI KAMPUNG INI

Rumah sebuah : 80 buah

Rumah teres : 100 buah

Rumah rakit : Tiada

Rumah tradisi : 258 buah

Rumah panjang : Tiada

Rumah pangsa : Tiada

Rumah SPKR : 3 unit

Rumah berkembar : 28 unit

PUSAT KRAF DESA

MEDAN INFO DESA

BANGUNAN DAN PERALATAN

Bangunan Medan Info Desa Kampung Sungai Lang Tengah (MIDKSLT)Ini telah di bina oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(KKLW) pada tahun 2006. Wakil KKLW telah menyerahkan bangunan Medan INFO Desa (MID) kepada Tuan Haji Silim Bin Dasman, Pengerusi JKKK Kampung Sungai Lang Tengah. Majlis tersebut telah dilasanakan pada 2 Februari 2006. Pegawai Daerah Kuala Langat, Kontraktor yang membina bangunan dan kontraktor yang membekalkan peralatan dan Penghulu Mukim Morib/Kelanang turut hadir. MIDKSLT diserahkan kepada JKKK Kampung Sungai Lang Tengah untuk mentadbirnya.

MIDKSLT mempunyai 20 set komputer, 1 server, 2 set mesin pencetak. Capaian internet melalui Viasat.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MIDKSLT

Penasihat : Tuan Haji Silim Bin Haji Dasman
Pengerusi JKKK(P) Kampung Sungai Lang Tengah.
Pengurus Kanan : Tuan Haji Zahri Bin Haji Sulaiman
Pengurus : Cik Siti Azyana Bt. Mohamad Islan
Ketua Jurulatih : En. Azmir Izham Bin Zahri
Jurulatih : Cik Azlina Bt. Selamat.
Pembantu sambilan : Pn. Farrahanim Bt. Buang

OBJEKTIF MID

Objektif utama MID ialah merapatkan jurang digital di antara penduduk bandar dan luar bandar.

FUNGSI MIDKSLT

  • Sebagai pusat latihan komputer desa.
  • Sebagai cybercafe
  • Sebagai perpustakaan mini

KHIDMAT BIMBINGAN ICT

Selain daripada melaksanakan kursus formal dan berjadual MIDKSL juga memberi perkhidmatan bimbingan ICT kepada pelanggan yang ingin


  • Mengulangkaji kemahiaran asas komputer
  • Membuat kertas kerja
  • Membina lama blog
  • Kemahiran asas membina laman web
PELANGGAN MIDKSLT

Semua penduduk Kampung Sungai Lang Tengah dan penduduk kampung yang berjiran iaitu Kampung Sungai Lang Baru, Kampung Kanchong Darat, Kampung Sungai Kelambu serta semua penduduk Daerah Kuala Langat.

WAKTU PERKHIDMATAN

Waktu Pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang







IBUBAPA CEMERLANG

Ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sehingga ke menara gading dan anak-anak berjaya dalam kerjaya.

1. Haji Silim bin Haji Dasman dan Hajah Ruminah binti Haji Abdul Jalal.

1.1. Dr. Umi Adzlin binti Hj. Silim. UKM, Perubatan, Pakar Psikaitri, Hospital Kajang,
Selangor.
1.2. Ainiza binti Hj. Silim, UIA, Pensyarah Politeknik Shah Alam, Selangor.
1.3. Azhan Zaki bin Hj. Silim, UKM, Pensyarah di Kolej Komuniti. K. Langat.
1.4. Mohd. Azmi bin Hj. Silim, ITTAR, Kontraktor
1.5. Annajiha binti Hj. Silim UKM, UMS, Pendidik.
1.6. Dr. Anhar Hafidz bin Hj. Silim, Jordan, Bertugas di Hospital Kuala Pilah, N. Sembilan

2. Haji Saidi bin Mat Hassan dan Hajah Mahro binti Hj. Dahlan

2.1 Prof. Dr. Hj. Haji Hamdani bin Hj. Saidi - Doktor Falsafah Phd. UK. Pensyarah Bidang Kejuruteraan kimia dan Sumber Asli, Kampus Semarak, UTM K. Lumpur
2.2 Hj. Ahmad bin Saidi - BA. Hons. UKM/Kaunseling, Pensyarah Kanan, R & D, Kolej Komuniti. Kuala Langat. Penceramah Induksi Kementerian Tinggi Malaysia.
2.3 Hj. Mujmal bin Hj. Saidi - BA. Hons. UM/Bidang Bahasa Melayu/Geografi, MA dalam bidang Kesusasteraan, Pendidik)
2.4 Hj. Mohd. Isa bin Hj. Saidi - BA. Hons UKM/Bidang Kejuruteraan Universiti Teknikal KL, Pendidik)
2.5 Abdul Khalid bin Hj. Saidi (UTM, Diploma dalam bidang Kejuruteran Kimia)
2.6 Hajah Fatimah binti Hj. Saidi (UPM, Ijazah Pembangunan Manusia, Pendidik)
2.7 Abu Bakar bin Hj. Saidi (California State University, USA Ma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)
2.9 Aminah bt. Hj. Saidi (Maktab Perguruan Islam)
2.10 Sharifah bt. Hj. Saidi (Sijil Empat Senawi)
2.11 Umi Kalthum bt. Hj. Saidi (Sijil Empat Senawi)

ANAK-ANAK KAMPUNG INI YANG BERJAYA

1. YB. Hasiman bin Sidom, ADUN Selangor, Kawasan Morib.
2. Prof. Dr. Hj. Hamdani bin Haji Saidi, UTM
3. Dr. Umi Adzlin binti Hj. Silim. Pakar Psikaitri Hospital Kajang.
4. Mohd. Amin bin Ahmad Ahya, Pegawai Daerah Sepang
5. Hj. Ahmad bin Hj. Saidi, Pensyarah Kanan Kolej Komuniti Kuala Langat
6. Dr. Anhar Hafidz Bin Haji Silim. Bertugas di Hospital Kuala Pilah, N. Sembilan

SAJIAN DESA





Ada banyak makanan dan kuih-muih tradisional dan moden yang dibuat oleh penduduk kampung ini. Anda boleh memperolehi makanan dan kuih-muih tradisional orang Jawa. Anda masih boleh merasai makanan yang berasaskan kelapa, ubi kayu, pisang, keledek, tepung gandum, tepung ubi kayu, tepung sagu dan tepung beras.

1. Nasi Ambang
2. Serunding
3. Pecal
4. Keluban
5. Bubur sumsum
6. Lemper
7. Tumtuman
8. Ketewol
9. Getok
10. Emping melinjau
11. Opak
12. Abuk-abuk
13. Lemet ubi
14. Lemet pisang
15. Kerepek pisang
16. Kerepek ubi
17. Kuih cucur
18. Kuih koci
19. Rempeyek
20. Tumpi

MAKLUMAT SEMASA

1. Kampung ini mewakili Negeri Selangor untuk ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) 2010. Panel Hakim akan datang ke kampung ini untuk membuat penilaian pada 12 Julai 2010. Tujuh aspek akan dinilai iaitu:
1.1 Kepimpinan

1.2 Pendidikan
1.3 Ekonomi
1.4 Kebersihan dan kesihatan

1.5 Keindahan dan Keceriaan
1.6 Kerohanian dan Siviks
1.7 Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

2. Bersempena Program Penghakiman ADC 2010, pihak kampung mengadakan sambutan 100 tahun Kg. Sg. Lang Tengah.
semua acara yang akan diadakan pada 12 Julai 2010, mulai 8.00 pagi - 5 petang Di antara acara yang akan diadakan

Pameran 100 tahun Kg. Sg. Lang Tengah
Pertandingan mewarna untuk murid-murid TADIKA
Pertandingan Layang-Layang Cantik
Kuiz Anti Dadah
Pertandingan Gerai Antara Zon

Semua dijemput hadir