Jumaat, 13 November 2009

MEDAN INFO DESA

BANGUNAN DAN PERALATAN

Bangunan Medan Info Desa Kampung Sungai Lang Tengah (MIDKSLT)Ini telah di bina oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(KKLW) pada tahun 2006. Wakil KKLW telah menyerahkan bangunan Medan INFO Desa (MID) kepada Tuan Haji Silim Bin Dasman, Pengerusi JKKK Kampung Sungai Lang Tengah. Majlis tersebut telah dilasanakan pada 2 Februari 2006. Pegawai Daerah Kuala Langat, Kontraktor yang membina bangunan dan kontraktor yang membekalkan peralatan dan Penghulu Mukim Morib/Kelanang turut hadir. MIDKSLT diserahkan kepada JKKK Kampung Sungai Lang Tengah untuk mentadbirnya.

MIDKSLT mempunyai 20 set komputer, 1 server, 2 set mesin pencetak. Capaian internet melalui Viasat.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MIDKSLT

Penasihat : Tuan Haji Silim Bin Haji Dasman
Pengerusi JKKK(P) Kampung Sungai Lang Tengah.
Pengurus Kanan : Tuan Haji Zahri Bin Haji Sulaiman
Pengurus : Cik Siti Azyana Bt. Mohamad Islan
Ketua Jurulatih : En. Azmir Izham Bin Zahri
Jurulatih : Cik Azlina Bt. Selamat.
Pembantu sambilan : Pn. Farrahanim Bt. Buang

OBJEKTIF MID

Objektif utama MID ialah merapatkan jurang digital di antara penduduk bandar dan luar bandar.

FUNGSI MIDKSLT

  • Sebagai pusat latihan komputer desa.
  • Sebagai cybercafe
  • Sebagai perpustakaan mini

KHIDMAT BIMBINGAN ICT

Selain daripada melaksanakan kursus formal dan berjadual MIDKSL juga memberi perkhidmatan bimbingan ICT kepada pelanggan yang ingin


  • Mengulangkaji kemahiaran asas komputer
  • Membuat kertas kerja
  • Membina lama blog
  • Kemahiran asas membina laman web
PELANGGAN MIDKSLT

Semua penduduk Kampung Sungai Lang Tengah dan penduduk kampung yang berjiran iaitu Kampung Sungai Lang Baru, Kampung Kanchong Darat, Kampung Sungai Kelambu serta semua penduduk Daerah Kuala Langat.

WAKTU PERKHIDMATAN

Waktu Pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang







Tiada ulasan:

Catat Ulasan