Jumaat, 13 November 2009

HOMESTAY



Pengerusi/Pengurus:
Tuan Haji Silim Bin Haji Dasman

Naib Pengerusi/Penolong Pengurus :
En. Ali Bin Sanusi

Setiausaha:
Tuan Haji Zahri bin Haji Sulaiman

Bendahari:
En. Nordin Bin Haji Kasan

Ali Jawatankuasa:

Puan Hajah Ruminah Bt. Haji Abdul Jalal
En. Ismail Bin Tukijo
En. Mohamad Islan Bin Kaimon
En. Wan Syamsul Amri Bin Shawal
Puan Hajah Mudrikah Bt. Hj.Tugimin

Jumlah rumah Homestay: 30 buah

"HOMESTAY ialah satu daripada cara terbaik untuk memahami kebudayaan, kesenian dan nilai hidup sesuatu tempat yang di lawati oleh pelancong. Tinggal bersama keluarga angkat untuk beberapa hari, menghayati budaya penduduk di sini, merasai juadah, merasai dan mengalami kehidupan harian di sini dapat memahami keadaan masyarakat dan negara ini."

Pelancongan Desa juga telah memberikan pendapatan tambahan kepada para pengusaha Homestay. Pakej pelancongan Desa yang ditawarkan pada harga yang berpatutan mengikut keperluan pelanggan. Terdapat 30 orang pengusaha Homestay di kampung ini dan sebahagian daripadanya telah memenangi beberapa pertandingan di peringkat Daerah, Negeri dan juga Kebangsaan. Sebuah rumah Homestay di kampung ini pernah menjadi destinasi lawatan Presiden Singapura pada tahun 2004 yang lalu. Sebagai satu lambang kejayaan Homestay di kampung ini, pihak Kementerian Keamajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW ) telah membina sebuah Bangunan Homestay bagi memudahkan urusan penyelarasan program Homestay.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan