Jumaat, 13 November 2009

SEJARAH PEMBUKAAN KAMPUNG

Kampung ini telah dibuka lebih kurang pada tahun 1910 dengan keluasan 900 ekar merupakan sebuah kampung tradisional yang telah mula didiami oleh orang-orang berketurunan Jawa yang berasal dari Tanah Jawa, Indonesia sejak awal abad ke-20 lagi.


Namun lebih awal daripada itu kampung ini telahpun didiami oleh manusia berikutan satu penemuan bahan-bahan artifak purbakala yang telah dijumpai pada tahun 1963 oleh pihak Muzium Negara seperti Loceng, Gendang Dong So'n, Bu, Manik-Manik, Kalong Emas dan lain-lainnya.Gendang Dong So'n yang dijumpai di kampung ini dipercayai serupa dengan yang ditemui di Indo China. Bahan-bahan artifak sejarah ini sekarang dipamerkan di MUZIUM NEGERI, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan