Jumaat, 13 November 2009

KUMPULAN PENGEMBANGAN WANITA (KPW)

SEJARAH PENUBUHAN KPW SUNGAI LANG TENGAH

Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Sungai Lang Tengah telah ditubuhkan pada bulan April tahun 1995 bersempena dengan sambutan Maulidurrasul. Pada awalnya diasaskan oleh biro wanita JKKK Kampung Sungai Lang Tengah dipengerusikan Puan Hajah Ruminah Binti Abdul Jalal. Peningkatan ahli seramai 120 orang baru dan 30 orang ahli lama terdiri daripada usahawan wanita, suri rumah, pegawai kerajaan dan swasta. Pertubuhan ini telah dirasmikan oleh Ketua Kampung, Tuan Abdul Jalal Bin Mat Kasan bertempat di Balai Raya Kampung Sungai Lang Tengah. Pegawai penyelaras pertubuhan ini adalah Puan Misnah Binti Mat Isa dari Jabatan Pertanian Daerah Kuala Langat.

OBJEKTIF

1. Menambahkan usahawan wanita yang berdaya saing dan produktif.
2. Melengkapkan wanita dengan kecekapan kepimpinan dalam masyarakat tani moden dan berkebolehan dalam mengunakan peralatan teknologi terkini.
3. Mendapatkan peluang-peluang baru yang boleh diusahakan secara individu atau
berkumpulan untuk menambahkan hasil pendapatan sampingan.
4. Berusaha menambah tabung KPW untuk kebajikan ahli.

MATLAMAT JANGKA PENDEK

1. Meningkatkan pendapatan bulanan ahli yang terlibat dalam projek-projek ekonomi
sebanyak RM 100 minima.

2. Menggalakan ahli-ahli KPW menyertai kursus dan seminar anjuran kerajaan dan
lain-lain pertubuhan.

3. Mengadakan lawatan sambil belajar.

MATLAMAT JANGKA PANJANG

1. Menambah bilangan ahli sehingga 88% dari jumlah suri rumah dan beliawanis Sungai
Lang Tengah untuk menyertai KPW.

2. Menambahkan pengusaha produk makanan ringan yang berkualiti tinggi dan dapat
menembusi pasaran dalam dan luar negara.

3. Menambahkan dan mempelbagaikan hasil pengeluaran pusat kraf desa supaya dapat
dipasarkan di dalam dan luar negara.

4. Menambahkan aktiviti-aktiviti pelancongan homestay bagi menarik
pelancong.

WAWASAN PERANCANGAN MASA DEPAN

1. KPW Sungai Lang Tengah adalah satu-satunya kumpulan yang mempunyai bangunan Pusat Kraf Desa yang menghasilkan pelbagai produk daripada bahan-bahan terbuang seperti gubahan bunga dari batang dan daun pisang, kulit jagung dan sebagainya. Barangan seperti ini sentiasa menerima tempahan dan menarik minat pelawat-pelawat dari dalam dan luar negara. Ini juga dapat meningkatkan pengeluaran dan pemasaran
antarabangsa.

2. Mengimarahkan bangunan seperti surau-surau yang sedia ada untuk ahli KPW menjalankan aktiviti berkumpulan seperti kelas jahitan dan memasak secara bergotong-royong apabila ada jamuan.

3. Mempergiatkan program agro pelancongan dan homestay.

4. Menambahkan lagi promosi hasil-hasil pusat kraf desa dan jahitan.


STRATEGI KUMPULAN

1. Memastikan setiap ahli aktif dalam pelbagai bidang usaha secara individu atau berkumpulan supaya terus mantap dan maju.

2. Mempertingkatkan pelbagai latihan kepada ahli.

3. Berusaha memperbanyakan aktiviti jualan.

4. Meningkatkan kualiti pengeluaran yang terjamin.

5. Mengamalkan kerja secara berkumpulan bagi menjamin perpaduan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan